KUALA TERENGGANU: Masalah capaian internet yang lemah di Kampung Ulu Seladang dekat Permaisuri, Setiu akan dapat diatasi sepenuhnya pada akhir Ogos ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan ketika ini kerja menaik taraf menara komunikasi di kampung itu sedang giat dijalankan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
"Apabila kerja naik taraf menara komunikasi itu siap kelak, kualiti liputan 4G akan turut memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk di tiga kampung berdekatan iaitu Kampung Besut, Kampung Bayas dan Kampung Padang," menurut kenyataan itu.
Media pada Sabtu lepas melaporkan masalah capaian internet yang lemah di kampung berkenaan.
Susulan itu, Pengarah MCMC Terengganu Mohd Fairus Mohamad turun padang bersama wakil penyedia perkhidmatan untuk melakukan siasatan.
"Hasil tinjauan yang dijalankan mendapati liputan internet di kampung itu terhad kepada 3G sahaja dan menyebabkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk pelajar di kampung itu kurang lancar.
"Langkah penyelesaian yang diambil diharap dapat mengatasi sepenuhnya masalah penduduk kampung kampung itu tidak lama lagi," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan ketika ini kerja menaik taraf menara komunikasi di kampung itu sedang giat dijalankan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.